Saturday, May 24, 2014

Terima Kasih

Jumaat, 23 May 2014.
Hari ini sepatutnya umi,abah dan adik2 akan datang ke Shah Alam. Ya Allah, gembira rasa hati hanya Allah yang tahu. Aku rindu mereka.
Hari ini banyak sangat dugaannya. Mana tidaknya, tengok sahabat2 menggalas beg untuk pulang sudah cukup buat aku tersiksa dan merana di kolej kediaman. Tiba2, abah menelefon aku dan memberitahu tidak dapat pergi kerana urusan harta pusaka. Murahnya air mata ketika itu. Laju.

Laju-laju aku ke hadapan laptop dengan alasan untuk menggembirakan hati. Post pertama yang terpapar di Facebook ialah berita 5 adik-beradik yang kehilangan ibu bapa mereka kerana kemalangan jalan raya- digilis lori.Tragis. Lebih menyedihkan, adik mereka yang paling kecil hanya tersenyum seakan tiada apa2 yang berlaku. Allahu.




Air mata ini jatuh lagi. Mereka hilang ibu bapa, tapi aku masih ada mereka. Tak jauh, 6 jam dari sini. Mereka? Terpisah antara dua alam yang berbeza. InsyaAllah, moga kau ketemu ibubapa mu di syurga! Mungkin benar kata hati, kalau umi abah datang hari ini adalah perkara yang baik,Kau permudahkanlah perjalanan mereka, jika tidak ,berikan yang terbaik. YA, itulah yang terbaik buat aku dan mereka hari itu.
Alhamdulillah.






Apa lagi yang kita mahu? Kadang-kala, Allah tidak bagi apa yang kita mahu, tapi Allah bagi apa yang kita perlu. Cuba bayangkan, selama kita hidup, berapa banyak doa2 kita yang Allah makbulkan? Banyak, tetapi kita lupa. Allahu. InsyaAllah, moga Allah redha. Terima Kasih Allah.



No comments:

Post a Comment