Monday, May 12, 2014

Aku Seorang Penulis

Alhamdulillah. Keizinan masa, kekuatan kudrat dan kesedaran hati, akhirnya aku menulis lagi. Untuk apa aku menulis? Populariti dan lambakan pujian bukan sasaran utama, tetapi terdorong oleh saki-baki dakwah yang tersisa. Masih bertatih untuk menulis dengan lebih baik dan 'meaningful' ,bukan sekadar cerita kosong. Maklumlah, blog zaman 10-an dulu lebih menjurus ke arah cinta monyet yang tak berkesudahan, cerita yang kadang2 tidak masuk akal dan sekadar ikut trend.



Melihat rakan2 seperjuangan yang terus menerus memberi sumbangan terhadap dakwah , terdetik di hati, "Aku bila lagi?"
Mereka ada kelebihan lain, ada yang berdakwah secara terbuka, ada yang mengetuai usrah, ada yang berdakwah melalui laman sosial dan pelbagai cara,maklumlah dakwah itu mudah dan fleksibel. Tetapi melihat kekurangan diri, mungkin ada cara lain untuk aku teruskan dakwah yang mungkin kecil di mata manusia tetapi dengan harapan, besar di mata Allah. Mungkin dengan sedikit coretan dan perkongsian di blog ini, insyaAllah suatu hari nanti mungkin mampu menembusi ribuan malah jutaan kepala manusia.Amin.

Teringat kisah burung2 kecil yang cuba memadam api ketika Nabi Ibrahim dibakar suatu ketika dahulu, burung itu kecil tetapi hati mereka besar. Terbayang seketika, paruh kecil untuk mengisi air itu mahu memadam api yang besar? Mustahil. Akhirnya, Allah muliakan burung2 tersebut kerana kesungguhan mereka. Allah tidak melihat dengan berapa liter air yang dibawa oleh burung2 tersebut serta Allah tidak menilai sama ada api tersebut padam atau tidak, tetapi Allah melihat kepada sumbangan serta semangat burung2 kecil itu untuk menolong Nabi Allah yang dalam kesusahan. Moga-moga ada antara kita yang mencontohi dan mengambil iktibar daripada burung2 tersebut. =)

Doa moga aku istiqamah.

No comments:

Post a Comment