Thursday, May 22, 2014

Syukur

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah .


Bersyukurlah dengan memuji Tuhanmu. Kita ada 86,000 saat bukan? Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Jom gunakan saat2 yang ada, sebut Alhamdulillah tak rugi kan? Ramai manusia di saat senang, lupa nikmat Allah. Namun, sedikit manusia yang syukur nikmat ketika susah dan senangnya. Moga yang sedikit itu aku.

Lazimnya, ramai orang mampu beli rumah besar, makanan mewah dan kereta mahal2 tetapi tidak ramai orang yang mampu beli lenanya tidur. Rezeki itu datang dalam pelbagai bentuk, cara dan rupa. Ada orang hidupnya papa kedana, tapi keluarganya bahagia. Ada orang hidupnya tak berharta tapi hatinya selalu saja gembira. Ada orang hidupnya menderita, tapi hatinya tenang berzikir kepada Allah Yang Esa.

Akan ada suatu ketika, kita akan diuji dengan nikmat yang banyak dan tak terkira besarnya. Di saat itu, kita mulai bongkak dan angkuh. Riak, ujub dan takbur bermaharajalela. Ingat, jangan kita merendahkan orang lain dengan nikmat yang kita ada. Benar, rezeki Allah itu berbeza-beza, tetapi adil dan saksama sifatnya. Sewaktu ini, nafsu diri bergelojak untuk membeza-bezakan kelebihan diri dengan kelemahan orang sekeliling.

Cuba bayangkan.
Mungkin kerana gelaran 'gemuk' yang kita panggil kepada rakan kita, akhirnya dia mati binasa kerana pil dietnya. Mungkin juga kerana gelaran 'hodoh' yang kita lontarkan kepada rakan kita, akhirnya dia berjam-jam menghabiskan masa di hadapan cermin memikirkan cara supaya orang lain menerima dia. Ketika itu juga, kerana gelaran 'lemah' yang kita berikan, dia mungkin sedang menderita kerana kehilangan orang yang tersayang. Dan mungkin juga kerana gelaran 'pelacur jalanan' yang kita beri kepada seorang gadis muda bersama anak luar nikahnya, dia masih bersedih kerana peristiwa dia dirogol oleh manusia durjana. Ujian kita berbeza, begitu juga nikmat. Hormatilah seadanya. 







Apabila kamu bersyukur, Allah akan menambah nikmat kepadamu. Syukur itu magnet rezeki. Bersyukurlah! Rezeki Allah itu ada di mana-mana. =)

No comments:

Post a Comment