Tuesday, May 13, 2014

Penat?

Manusia dan rasa penat itu serasi. Selalunya begitu. Sewaktu kita kecil, lepas menangis mesti kita akan rasa penat kadang2 sampai tertidur sendiri. Ketika zaman sekolah, bangun pagi untuk ke sekolah pun sudah dikira penat, itu belum ditambah dengan kerja rumah yang sangat banyak lagi2 waktu cuti sekolah. Di universiti, banyak masa dikorbankan untuk menyiapkan assignments dan project works. Begitulah seterusnya perjalanan hidup yang banyak mengajar kita erti penat.

Sinonimnya, jalan menuju syurga Allah itu juga penat. Perlu berkorban dan terkorban. Biasalah, syurga Allah itu mahal harganya. Kadang2 Allah bagi kita ujian. Kita gagal. Kita penat. Allah bagi lagi ujian, tetapi yang lagi besar dan mencabar. Allah tahu kita penat. Allah tahu kita tak mampu. Sedar atau tidak, ujian itulah yang buat kita dekat dengan Allah, yang buat kita kuat dan istiqamah di jalan Allah.

Penat?Berehatlah.Bukan berhenti. Kadang2 semut yang membawa makanannya ke sarang pun mati dipijak manusia. Atlet yang menuju garisan penamat pun semput nafasnya di pertengahan jalan. Begitulah juga hidup kita. Hendak menuju syurga Allah itu penat, banyak ujian datang. Kadang2 besar dan kadang2 kecil. Ada masa yang kita rasa hendak berpatah balik namun Allah datangkan pula nikmat dan ganjaran supaya kita bersabar. Baru kita mahu mulakan langkah, Allah timpakan lagi ujian. Penat bukan? Bersabarlah, Allah bersama orang2 yang sabar. =)


Jarang orang cipta 'lock' tanpa 'key', analoginya sama, Allah tidak ciptakan 'problem' tanpa 'solution'. Seorang guru tugasnya membantu pelajarnya untuk ke menara gading, tetapi seorang guru itu hanya berdiam diri ketika pelajarnya bersusah payah menjawab peperiksaan. Pelajar yang berjaya akan mendapat anugerah, yang lain pula akan mendapat denda. Begitu juga Allah, bila kita susah kita akan berdoa tapi pertolongan Allah itu tidak kunjung tiba. Bukan Allah tidak mendengar rintihan kita, tapi Allah ingin melihat sejauh mana kebergantungan kita kepadaNya saat susah dan senang. Sebenarnya, ujian itulah yang menentukan syurga atau neraka kita. InsyaAllah, mungkin kita antara bakal2 ahli syurga itu.=)


No comments:

Post a Comment