Saturday, May 24, 2014

Terima Kasih

Jumaat, 23 May 2014.
Hari ini sepatutnya umi,abah dan adik2 akan datang ke Shah Alam. Ya Allah, gembira rasa hati hanya Allah yang tahu. Aku rindu mereka.
Hari ini banyak sangat dugaannya. Mana tidaknya, tengok sahabat2 menggalas beg untuk pulang sudah cukup buat aku tersiksa dan merana di kolej kediaman. Tiba2, abah menelefon aku dan memberitahu tidak dapat pergi kerana urusan harta pusaka. Murahnya air mata ketika itu. Laju.

Laju-laju aku ke hadapan laptop dengan alasan untuk menggembirakan hati. Post pertama yang terpapar di Facebook ialah berita 5 adik-beradik yang kehilangan ibu bapa mereka kerana kemalangan jalan raya- digilis lori.Tragis. Lebih menyedihkan, adik mereka yang paling kecil hanya tersenyum seakan tiada apa2 yang berlaku. Allahu.




Air mata ini jatuh lagi. Mereka hilang ibu bapa, tapi aku masih ada mereka. Tak jauh, 6 jam dari sini. Mereka? Terpisah antara dua alam yang berbeza. InsyaAllah, moga kau ketemu ibubapa mu di syurga! Mungkin benar kata hati, kalau umi abah datang hari ini adalah perkara yang baik,Kau permudahkanlah perjalanan mereka, jika tidak ,berikan yang terbaik. YA, itulah yang terbaik buat aku dan mereka hari itu.
Alhamdulillah.






Apa lagi yang kita mahu? Kadang-kala, Allah tidak bagi apa yang kita mahu, tapi Allah bagi apa yang kita perlu. Cuba bayangkan, selama kita hidup, berapa banyak doa2 kita yang Allah makbulkan? Banyak, tetapi kita lupa. Allahu. InsyaAllah, moga Allah redha. Terima Kasih Allah.



Thursday, May 22, 2014

Syukur

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah .


Bersyukurlah dengan memuji Tuhanmu. Kita ada 86,000 saat bukan? Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Jom gunakan saat2 yang ada, sebut Alhamdulillah tak rugi kan? Ramai manusia di saat senang, lupa nikmat Allah. Namun, sedikit manusia yang syukur nikmat ketika susah dan senangnya. Moga yang sedikit itu aku.

Lazimnya, ramai orang mampu beli rumah besar, makanan mewah dan kereta mahal2 tetapi tidak ramai orang yang mampu beli lenanya tidur. Rezeki itu datang dalam pelbagai bentuk, cara dan rupa. Ada orang hidupnya papa kedana, tapi keluarganya bahagia. Ada orang hidupnya tak berharta tapi hatinya selalu saja gembira. Ada orang hidupnya menderita, tapi hatinya tenang berzikir kepada Allah Yang Esa.

Akan ada suatu ketika, kita akan diuji dengan nikmat yang banyak dan tak terkira besarnya. Di saat itu, kita mulai bongkak dan angkuh. Riak, ujub dan takbur bermaharajalela. Ingat, jangan kita merendahkan orang lain dengan nikmat yang kita ada. Benar, rezeki Allah itu berbeza-beza, tetapi adil dan saksama sifatnya. Sewaktu ini, nafsu diri bergelojak untuk membeza-bezakan kelebihan diri dengan kelemahan orang sekeliling.

Cuba bayangkan.
Mungkin kerana gelaran 'gemuk' yang kita panggil kepada rakan kita, akhirnya dia mati binasa kerana pil dietnya. Mungkin juga kerana gelaran 'hodoh' yang kita lontarkan kepada rakan kita, akhirnya dia berjam-jam menghabiskan masa di hadapan cermin memikirkan cara supaya orang lain menerima dia. Ketika itu juga, kerana gelaran 'lemah' yang kita berikan, dia mungkin sedang menderita kerana kehilangan orang yang tersayang. Dan mungkin juga kerana gelaran 'pelacur jalanan' yang kita beri kepada seorang gadis muda bersama anak luar nikahnya, dia masih bersedih kerana peristiwa dia dirogol oleh manusia durjana. Ujian kita berbeza, begitu juga nikmat. Hormatilah seadanya. 







Apabila kamu bersyukur, Allah akan menambah nikmat kepadamu. Syukur itu magnet rezeki. Bersyukurlah! Rezeki Allah itu ada di mana-mana. =)

Friday, May 16, 2014

Tentang Perasaanku



Cerita tentang perasaan tak pernah lekang dari mulut manusia. Biasalah, manusia dan perasaan itu bagai ada magnet- saling memerlukan. Oh, perasaan! Benarlah, Allah ciptakan manusia itu dengan pelbagai perasaan- marah, rindu, benci, sayang dan cinta. Mungkin, lebih daripada itu. Kadang2, kita memilih untuk bersendiri bukan kerana tak perlukan teman, tapi cari masa untuk Tuhan.

Inilah masanya,
Luahkan apa yang kau rasa, ceritakan apa yang ada dalam jiwa, bicarakan segalanya.
Sungguh, tuhan merinduimu.
Tuhan rindu cerita indahmu, esak tangismu, sujud syukurmu.




Tuhan menunggu istikharahmu,
Tuhan menanti Dhuhamu,
Tuhan mengharap tahajjudmu.
Tuhan sentiasa berharap untuk itu.

Tuhan,
Ku ingin kau tahu tentang perasaanku,
Ku ingin kau tahu besar cinta padaMu,
Ku ingin kau tahu segalanya,
Antara kita tiada rahsia.
Hanya Kau dan Aku.




Wednesday, May 14, 2014

Tanya Sama Hati

Kata orang, ikut hati mati, ikut rasa binasa.
Cuba tanya sama hati. Takut? Tak yakin? Ragu-ragu? Cuba tanya sekali lagi.

Hati, siapa yang kau rindu?
Hati, apa yang kau rasa?
Hati, bila mahu berubah?
Hati, di mana kekuatanmu?

Percayalah, Allah tahu apa yang kamu fikir dan apa yang kamu simpan di dalam hati. Allah tahu niatmu. Allah tahu segalanya.
Hati itu penuh rahsia- antara kamu dengan tuhan dan antara kamu dengan sesiapa saja. Ingat, saat kamu tiada bahu untuk bersandar, kamu ada Tuhan untuk bersujud. Indah.
Oh hati, jangan sakit2 lagi, jangan jatuh2 lagi..kuatlah!



Wahai tuhan yang membolak-balikkan hati,tetapkanlah hati kami dalam agamaMu.
Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memalingkan hati2 kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami serta berikanlah kami rahmatMu, sesungguhnya Engkaulah tuhan yang maha memberi.




Tuesday, May 13, 2014

Jatuh

Terkadang aku jatuh juga. Bukan sekali tetapi selalu.
Selalu juga terlebih dari batasan, had dan sempadan.
Manusia itu sifatnya berubah-ubah, selalu saja hanyut dalam emosi. Aku juga manusia, bukan robot yang diatur langkah dan gerak-gerinya - sempurna.
Hati manusia juga berbolak-balik sifatnya, boleh jadi hari ini tenang, hari esok siapa tahu? Langkah menuju sempurna itu terlalu jauh dan banyak persimpangan. Letih.


Aku,
Terkadang gelaknya kuat tak henti-henti,
Selalu saja terlebih tawa seperti anak kecil yang megah berlari,
Terkadang marah juga menguasai diri,
Terkadang menangis mendambakan suatu yang tak pasti.

Aku,
Terkadang lupa juga membaca doa tidur dan ayat Qursi,
Selalu lalai dalam solat dan jarang muhasabah diri,
Terkadang seronok mengumpat sana-sini,
Terkadang lupa bersyukur atas nikmat Illahi.

Walaupun aku jatuh, aku cuba bangkit sendiri. Jatuh tak bermakna lemah. Tersungkur tak bermaksud kalah. Iman itu turun naik bagai roda, kadang kala di atas, ada kalanya di bawah. Moga-moga selalu di atas.
Wahai tuhan, bimbing aku ke jalan yang kau suka.
Wahai teman, pimpin tangan aku, bawa aku bersama ke syurga.
Wahai hati, pandu bila aku buntu,
Wahai iman, tetaplah di sini bila aku perlu.










Penat?

Manusia dan rasa penat itu serasi. Selalunya begitu. Sewaktu kita kecil, lepas menangis mesti kita akan rasa penat kadang2 sampai tertidur sendiri. Ketika zaman sekolah, bangun pagi untuk ke sekolah pun sudah dikira penat, itu belum ditambah dengan kerja rumah yang sangat banyak lagi2 waktu cuti sekolah. Di universiti, banyak masa dikorbankan untuk menyiapkan assignments dan project works. Begitulah seterusnya perjalanan hidup yang banyak mengajar kita erti penat.

Sinonimnya, jalan menuju syurga Allah itu juga penat. Perlu berkorban dan terkorban. Biasalah, syurga Allah itu mahal harganya. Kadang2 Allah bagi kita ujian. Kita gagal. Kita penat. Allah bagi lagi ujian, tetapi yang lagi besar dan mencabar. Allah tahu kita penat. Allah tahu kita tak mampu. Sedar atau tidak, ujian itulah yang buat kita dekat dengan Allah, yang buat kita kuat dan istiqamah di jalan Allah.

Penat?Berehatlah.Bukan berhenti. Kadang2 semut yang membawa makanannya ke sarang pun mati dipijak manusia. Atlet yang menuju garisan penamat pun semput nafasnya di pertengahan jalan. Begitulah juga hidup kita. Hendak menuju syurga Allah itu penat, banyak ujian datang. Kadang2 besar dan kadang2 kecil. Ada masa yang kita rasa hendak berpatah balik namun Allah datangkan pula nikmat dan ganjaran supaya kita bersabar. Baru kita mahu mulakan langkah, Allah timpakan lagi ujian. Penat bukan? Bersabarlah, Allah bersama orang2 yang sabar. =)


Jarang orang cipta 'lock' tanpa 'key', analoginya sama, Allah tidak ciptakan 'problem' tanpa 'solution'. Seorang guru tugasnya membantu pelajarnya untuk ke menara gading, tetapi seorang guru itu hanya berdiam diri ketika pelajarnya bersusah payah menjawab peperiksaan. Pelajar yang berjaya akan mendapat anugerah, yang lain pula akan mendapat denda. Begitu juga Allah, bila kita susah kita akan berdoa tapi pertolongan Allah itu tidak kunjung tiba. Bukan Allah tidak mendengar rintihan kita, tapi Allah ingin melihat sejauh mana kebergantungan kita kepadaNya saat susah dan senang. Sebenarnya, ujian itulah yang menentukan syurga atau neraka kita. InsyaAllah, mungkin kita antara bakal2 ahli syurga itu.=)


Monday, May 12, 2014

Aku Seorang Penulis

Alhamdulillah. Keizinan masa, kekuatan kudrat dan kesedaran hati, akhirnya aku menulis lagi. Untuk apa aku menulis? Populariti dan lambakan pujian bukan sasaran utama, tetapi terdorong oleh saki-baki dakwah yang tersisa. Masih bertatih untuk menulis dengan lebih baik dan 'meaningful' ,bukan sekadar cerita kosong. Maklumlah, blog zaman 10-an dulu lebih menjurus ke arah cinta monyet yang tak berkesudahan, cerita yang kadang2 tidak masuk akal dan sekadar ikut trend.



Melihat rakan2 seperjuangan yang terus menerus memberi sumbangan terhadap dakwah , terdetik di hati, "Aku bila lagi?"
Mereka ada kelebihan lain, ada yang berdakwah secara terbuka, ada yang mengetuai usrah, ada yang berdakwah melalui laman sosial dan pelbagai cara,maklumlah dakwah itu mudah dan fleksibel. Tetapi melihat kekurangan diri, mungkin ada cara lain untuk aku teruskan dakwah yang mungkin kecil di mata manusia tetapi dengan harapan, besar di mata Allah. Mungkin dengan sedikit coretan dan perkongsian di blog ini, insyaAllah suatu hari nanti mungkin mampu menembusi ribuan malah jutaan kepala manusia.Amin.

Teringat kisah burung2 kecil yang cuba memadam api ketika Nabi Ibrahim dibakar suatu ketika dahulu, burung itu kecil tetapi hati mereka besar. Terbayang seketika, paruh kecil untuk mengisi air itu mahu memadam api yang besar? Mustahil. Akhirnya, Allah muliakan burung2 tersebut kerana kesungguhan mereka. Allah tidak melihat dengan berapa liter air yang dibawa oleh burung2 tersebut serta Allah tidak menilai sama ada api tersebut padam atau tidak, tetapi Allah melihat kepada sumbangan serta semangat burung2 kecil itu untuk menolong Nabi Allah yang dalam kesusahan. Moga-moga ada antara kita yang mencontohi dan mengambil iktibar daripada burung2 tersebut. =)

Doa moga aku istiqamah.