Saturday, September 20, 2014

Saya nak jadi apa?

Soalan cliche.
" Besar nanti nak jadi apa?"
Soalan sama berulangkali. Kalau di sekolah ada 10 orang cikgu, maka sepuluh itulah yang akan tanyakan soalan yang sama.
 Seingat aku, dulu di sekolah, murid2 perlu tulis cita2 dalam KAD 001. Hijau kelabu asap warnanya.
Ada 3 ruangan pilihan.

Pilihan 1 : Pensyarah
Pilihan 2: Askar/ polis
Pilihan 3: Perdana Menteri

Atas tu pilihan aku. Bila aku ingat semula, kelakar pun ada. Perdana Menteri ? Haha. Entah kenapa teringin sangat nak jadi PM ketika itu. Maklumlah, otak masih belum ligat berfikir. Akal pun baru setahun jagung.

Waktu di sekolah rendah, pantang ditanya, riuh sekelas.
"Polis!" "Doktor!" "Artis!"
Biasalah, semua opsyen kerja nak disebut.
Tapi bila dah meningkat dewasa, jawapannya menjadi semakin abstrak. Sangat tersirat.

"Kamu nak jadi apa?"
"Entah, tengoklah kalau ada rezeki."

"Besok2 nak kerja apa?"
"Ikutlah mana2 yang boleh, asalkan kerja halal."

Kalau ditanya soalan yang sama pun, entah jawapan spontan apa yang keluar dari mulut aku.

Kadang2, ada ketika aku pandang rendah tentang soal kerja. Bukan tak ambil peduli. Bukan tak cakna.

- IMAM BESAR GUNA DUTI MASJID BINA BANGLO SENDIRI-
- POLIS DIDAPATI MELAKUKAN JENAYAH BERAT-
- DOKTOR DISAMAN KERANA KECUAIAN-
- HAKIM DIKENAKAN HUKUMAN KERANA RASUAH-

Begitulah tajuk2 akhbar sekian hari. Polis, doktor, pensyarah, jurutera pun punya ego dan kerenah masing2. Bukan salah pada title 'Dr', 'Prof', 'Inspektor', tapi pada pemegang title itu sendiri. Semuanya berbalik pada diri sendiri.

" Tak guna kerja tinggi2 kalau attitude lagi bawah dari lubang kubur"-Quoted-
Nampak kasar tapi deep.

No comments:

Post a Comment