Tuesday, July 22, 2014

Misi Mencari Lailatulqadr

Allahu. Ramadan dah sampai ke penghujung.
Kuih raya tak siap lagi. Baju raya tak beli lagi. Rumah tak berhias lagi. Eh?

Benarlah. Mencari Lailatulqadr itu bukan mudah tapi tak pula mustahil. Masih tak jumpa? Teruskan misi. Allah lihat usaha mu.

Moga bertemu lagi Ramadan yang seterusnya. Banyak lagi misi yang masih belum direalisasi. Moga saki-baki Ramadan yang masih ada, tersimpan sebuah harapan dan impian yang bakal dilaksana.

Besar harapan andai pencarian lailatulqadr ini sehangat kuih semperit yang baru keluar oven, semarak pelita api serta lampu kelip-kelip dan secantik perhiasan rumah dan baju raya. InsyaAllah. =)

Moga Allah redha.



Thursday, July 17, 2014

Kami Bersamamu Palestine!


"Boom! Boom! Boom!"
Bising. Kelihatan anak-anak kecil berlari-lari. Suara esak tangis makin lama makin jelas kedengaran. Semakin lama semakin kuat. Kali ini berselang-seli dengan teriakan, jeritan dan dentuman kuat. Tiba-tiba, diam seribu bahasa. Tiada suara, tiada apa-apa.

"Oh, mimpi rupanya!"
Pelik.

Mimpi pelik tadi membuatkan aku tiada selera untuk bersahur. Namun, masakan umi yang menggiurkan itu tak pernah gagal mencuri hati aku. Sambal sotong kasih sayang, telur dadar sulaman cinta dan air the O sehangat rindu terhidang di meja. Selalunya akulah 'eating machine' di meja makan, tapi tidak hari ini. Percikan darah dari sekujur tubuh halus dan buraian jasad anak-anak kecil dalam mimpi tadi sudah cukup menyekat selera makan dinosaur aku.

Pagi itu aku tidak terus tidur sebelum Subuh. Kalau tak, terlajak sampai ke tengahari, alamatnya bergegar rumah dengan bedilan peluru berpandu umi. Haha.

 "Anak dara bangun tengahari, nanti orang datang meminang, terus tak jadi."
Senjata paling hebat umi abad ini. Kagum.

Aku buka Facebook. Banyak newsfeed tentang Israel dan Gaza. Tak kurang ikut sama hashtag- #Pray4Gaza #GazaUnderAttack dan sebagainya. Timbunan status hari itu sama hebat dengan bedilan roket peluru Israel laknatullah kepada Gaza. Allahu, berat ujian Ramadan kali ini untuk saudara-saudara seakidah kita.

Maafkan kami Palestine kerana tiada di sampingmu ketika kau perlu. Maafkan kami Palestine kerana tak mampu menyapu airmatamu saat kau tiada lagi kudrat dan daya. Maafkan kami Palestine andai kami pernah mengkhianatimu bila mana kami butakan mata dan tulikan telinga dengan kisah dukamu. Maafkan kami kerana gagal mengikut jejak langkah juangmu untuk menyelamatkan tanah kita. Tanah umat Islam.


Jangan takut Palestine! Kau ada dalam bait-bait doa kami. Tembakan peluru Israel tak sehebat dan sekuat tembakan doa-doa kudus kami. Berjuanglah sampai kau capai syahidmu. Kami bersamamu Palestine. Allah juga.



Wednesday, July 2, 2014

Love Story- Ramadan


 Alhamdulillah,doa kami makbul Ya Allah. Kau temukan kami lagi dengan Ramadan. Moga2 Ramadan kali ini menjadi episod cinta yang terindah buat semua.

Lain orang, lain suasananya.
Mungkin, Ramadan kali ini sedikit berbeza seiring dengan perubahan usia, suasana dan niatnya.

Ada orang, Ramadan kali ini mungkin sudah berdua,
Ada orang, dah bertambah ahli keluarganya,
Ada orang, berpuasa tanpa keluarga tercinta,
Ada orang, hilang orang tersayang di bulan mulia,
Ada orang, tak mampu berpuasa kerana keuzuran yang tak disengaja.


Biasalah, kita berbeza tapi matlamatnya tetap sama. Sama2 mahu dekat dengan Allah. Sama2 ingat kepada Rasulullah. Sama2 mengimarahkan masjid. Sama2 mahu menjadi lebih baik di bulan yang mulia. InsyaAllah, ayuh sama2! Moga Allah redha.=)