Thursday, October 1, 2015

Syurga

Syurga. Paradise. Heaven. Jannah.
Entah kenapa,
Cerita tentang syurga, 
Hilang serabut di kepala. 
Lenyap masalah dunia yang sia-sia.

Seronok bercerita tentang syurga.
Kalau bedtime story tentang syurga,
Hari- hari pun tak apa.
Selagi ada masa.
Sampai habis nyawa.

Syurga bagi yang selayaknya.
Aku juga bercita-cita.
Rugilah kalau tak ke sana.
Bertahanlah, selangkah lagi ke syurga!

Beranganlah. 
Tahu, bukan mudah ke sana.
Tapi Tuhan sentiasa ada,
Luahkan semua. 

8.58 am
2 Oktober 2015
Mid semester break
Brisbane.


Friday, July 10, 2015

Diari Ramadan - Sydney

Rabu,1 Julai 2015, 14 Ramadan 1436

Day 1

Perjalanan ke Sydney bermula! Bangun seawal jam 3 pagi sebab excited dah berapa bulan tak pegang buku merah. Tiket flight pukul 7.00am, jadi lepas bersahur terus bersiap packing and last check sebelum ke Brisbane Airport. Sydney, here we go!

Sydney Airport
Sampai di Sydney Airport dalam pukul 9.00am. Terus jadi jakun bila keluar flight, mulut keluar asap! Haha. Kalau ikutkan memang Sydney lagi sejuk daripada Brisbane. Boleh bergaya dengan winter coat yang selama ini macam tak ada function kat Brisbane. Haha. Alhamdulillah, dipermudahkan urusan naik van ke rumah kawan di Sydney.

Sampai depan rumah, Narfa dah tunggu siap2 dan jemput kitorang. Bila dah settle semua, qada tidur sebab dalam flight tak habis lagi snap gambar sana sini tengok awan tengok langit. Jakun dengan ciptaan tuhan. Haha. Unexpected betul sejuk Sydney ni sampai tidur pakai winter coat, selimut dua tiga lapis tambah sleeping bag lagi. Nampak tak sejuk tu. Dalam pukul 3.00pm, semua dah get ready ke La Perouse, Sydney. Iftar pertama di bumi Sydney.

La Perouse
Konon2 nak cepat sampai sebab nak tengok sunset, tapi perjalanan dalam bas rasa panjang dan lama. Intai sunset dari tingkap bas sebab dah tak larat nak buat apa2. Haha. Turun bas terus lari2 tengok sunset. Cantikkkkkk gilerrrr. Dah ada sunset, kiranya dah nak berbuka. Berbentangkan tikar ala2 picnic terus capai makanan yang ada. Donut, ayam percik, nachos, sunset dan kawan-kawan. Great iftar with nice sunset, marvellous foods and nice friends.

Balik La Perouse, habis tarawih semua, tuan rumah hidang moreh. Ada kek coklat nutella, puding dan teh o panas. Perfect! Lagi2 tengah sejuk ni memang heaven. Rancak berborak sebab lama tak jumpa kawan-kawan Sydney. Ahhh. great moreh!



Day 2

Paddy's market
Narfa jadi tour guide hari ni. Memang excited sebab selalu dengar orang cerita pasal Paddy's Market. Kalau yang memang shopaholic, sesuai sangatlah tempat ni. Yang bukan shopaholic pun tiba2 boleh ter'shopaholic' tau. Borong barang2 souvenirs untuk orang2 Malaysia.  Memang boleh habis duit datang sini. Seriously. 3 jam jugak dalam Paddy's Market.



Harbour Bridge
Tudung semua dah senget benget. Memang dah selekeh betul keluar market tadi. Terus gerak ke Harbour Bridge. Ya Allah, cantik sangat. Selama ni tengok dalam postcard dalam tv je. Dah ada depan mata. Ramai orang tapi dah tak kisah terus capai phone snap sana sini. Orang lalu lalang pun pelik tengok kejakunan yang memang tak terselindung lagi. Haha.


Opera House
Rasanya dua tempat ni memang famous lah dekat Sydney. Tempat wajib. Kuat betul angin harini. Sejuk pulak tu. Dah selekeh, jadi lagi selekeh sebab angin kuat sangat. Sakan bergambar dengan view yang cantik. Seriously. Balik rumah, iftar pun dah tersedia. Memang cukup makan kat sini. Alhamdulillah. Ada ayam masak merah dan cornflake madu. Serious sedap. Malam, ada moreh lagi. Kali ni ada roti dan kuah kari, teh o dan strawberi. Great iftar and moreh! Susahlah kalau hari2 great. Diet kelaut. Haha.



Day 3

Royal Botanic Garden
Sampai depan entrance, semua tanya mana bunga? Musim winter memang kurang berbunga. Kena tunggu spring. Memang photoshoot habis dekat sini.


Bondi Beach
Lama jugak perjalanan ke Bondi Beach naik bas. Tapi, worth it. InsyaAllah. Sangat cantik. One of the famous beach in Sydney. Walaupun sejuk tambah pulak dengan angin kencang, tapi tak menang tangan tangkap gambar. Sekejap selfie sekejap bermonopod sekejap bergopro.



Day 4

Auburn Botanic Garden
Trip kali ini ada Zati, Asmah dan Kak Long sekali. Hari ini bertambah sejuk suhu. Perjalanan naik train ke Auburn boleh tahan lama. Sampai2 dah sesat. Haha. Zati as a tour guide. Most of gardens dekat Australia memang cantik2. Dapat tengok kangaroo dan wallaby.



Gallipoli Mosque
Dah penat berjalan, terus ke Gallipoli Mosque. MasyaAllah. Suka sangat tengok komuniti Islam dekat kawasan sini. Solat berjemaah dan tengok keindahan masjid.



Darling Harbour
Malam weekend macam ni memang selalu ada fireworks. Jadi seronok tengok ramai2. Lepas tu terus pergi makan dekat food court. Alhamdulillah, dapat merasa churros, sushi dan chips semua. Memang great moreh.Haha.


Day 5

Three sisters
Tour guide kali ini, Asmah. Perjalanan sangat panjang dalam 3 jam jugak. Memang qada tidur betul dalam train. Macam biasa, hari ini memang sejuk. Tempat ni famous jugak tapi susah nak tengok dekat2. Kalau nak ,kena panjat dan berjalan sikit.



Blue Mountain
Tempat ni dekat Katoomba. Dekat dengan Three Sisters tapi kena naik bas ke Echo Point. Dekat sini boleh lah ambil peluang naik steepest cliff punya railway. Memang steep tapi tak lah terlalu adventurous sangat. Ada cable car dan skyway. Boleh nampak Three Sisters dari jauh. Kalau betul2 nak pergi, jangan pilih time weekend. Ramai orang. Disebabkan perjalanan jauh, berbuka dan solat atas train. balik terus iftar dekat Time for Thai. Tempat makan ni ada disediakan ruang solat. Mudah, berbuka terus singgah solat. Portion makanan besar dan rasa puas hati.



Balik rumah siap2 packing untuk ke Melbourne ! Tidur di Sydney Airport beralaskan sleeping bag, berkongsikan selimut dan bertemankan bunyi bising. Memang ada gaya traveller sejati. Tapi harini tanpa great moreh sebab tertinggal makanan tapau dalam bas. Perjalanan kami berakhir tanpa great moreh. 





Friday, June 19, 2015

Terbang Tunduk



Allahu. 4 bulan terasa sangat cepat. Alhamdulillah untuk semuanya. 
Bahang final exam dah makin surut. Lega.

Tak sangka sampai sejauh ini Allah bagi nikmat dan rahmat-Nya. Ini baru 4 bulan. Moga berterusan nikmat dan rahmat Dia untuk kita semua. InsyaAllah. 

Surah As-syura
Ayat 36
"Apapun kenikmatan yang diberikan kepadamu, maka itu adalah kesenangan hidup di dunia. Sedangkan kenikmatan yang ada di sisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman, dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal."

Allah ciptakan hampir setiap sesuatu itu berpasangan. Samalah juga dengan nikmat dan ujian. Masing-masing ada pasang surutnya. Boleh jadi nikmat itu juga adalah ujian. Mind-blowing. 

Surah Az-Zumar
Ayat 49
"Maka apabila manusia ditimpa bencana dia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan nikmat Kami kepadanya dia berkata, 'Sesungguhnya aku diberi nikmat kerana kepintaranku'. Sebenarnya , itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui." 



Terima kasih Allah terbangkan aku dan kita semua setinggi dan sejauh ini. Terlalu tinggi. Bila-bila masa boleh jatuh, tapi Kau ada pada saat gentingnya. 

Tuhan jangan kau izin aku lupa,
Jangan biarkan aku mendepang dada,
Pasakku hatiku pada kaki,
Paksakan ku tunduk sehingga mati.

 Terbang Tunduk, Fynn Jamal.

Brisbane, 20 Jun 2015, 3 Ramadan. 





Tuesday, June 16, 2015

Red Velvet Orang Sebelah

16 Jun 2015- Brisbane
Musim Final Exam.
Hari ini puasa alang-alang nak kekalkan momentum sebelum Ramadan. 
Dari pagi duduk mengidam nak makan kek red velvet. Nak beli kek susah nak cari yang halal. Nak buat memang jauh panggang dari api lah jadinya. 
Selak Al Quran.
Surah As-Syura.
Ayat 12
" Kepunyaan Allah kunci-kunci langit dan bumi. Dia melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan juga meyempitkannya. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui setiap sesuatu."

Ayat 19
Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambanya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dia Maha Kuat, Maha Perkasa.

Tiba-tiba, tengah stres study, ada orang ketuk pintu rumah. 
"Mesti ada orang hantar kek ni" kata aku.

Ya Allah, masinnya mulut. Haha. Kak Ekin     jiran sebelah hantar kek. Tahu kek apa? RED VELVET!
Allahu. 
Semoga Allah sentiasa melapangkan rezeki kita. InsyaAllah.


Thursday, May 28, 2015

100 Hari

28 May 2015.
Genap 100 hari di bumi Australia.
100 hari dengan perasaan yang bersilih ganti.
Terima kasih untuk doa dan ingatan. Moga Tuhan perkenankan.
Terima kasih Tuhan untuk 100 hari yang Kau izinkan.

Saturday, September 20, 2014

Saya nak jadi apa?

Soalan cliche.
" Besar nanti nak jadi apa?"
Soalan sama berulangkali. Kalau di sekolah ada 10 orang cikgu, maka sepuluh itulah yang akan tanyakan soalan yang sama.
 Seingat aku, dulu di sekolah, murid2 perlu tulis cita2 dalam KAD 001. Hijau kelabu asap warnanya.
Ada 3 ruangan pilihan.

Pilihan 1 : Pensyarah
Pilihan 2: Askar/ polis
Pilihan 3: Perdana Menteri

Atas tu pilihan aku. Bila aku ingat semula, kelakar pun ada. Perdana Menteri ? Haha. Entah kenapa teringin sangat nak jadi PM ketika itu. Maklumlah, otak masih belum ligat berfikir. Akal pun baru setahun jagung.

Waktu di sekolah rendah, pantang ditanya, riuh sekelas.
"Polis!" "Doktor!" "Artis!"
Biasalah, semua opsyen kerja nak disebut.
Tapi bila dah meningkat dewasa, jawapannya menjadi semakin abstrak. Sangat tersirat.

"Kamu nak jadi apa?"
"Entah, tengoklah kalau ada rezeki."

"Besok2 nak kerja apa?"
"Ikutlah mana2 yang boleh, asalkan kerja halal."

Kalau ditanya soalan yang sama pun, entah jawapan spontan apa yang keluar dari mulut aku.

Kadang2, ada ketika aku pandang rendah tentang soal kerja. Bukan tak ambil peduli. Bukan tak cakna.

- IMAM BESAR GUNA DUTI MASJID BINA BANGLO SENDIRI-
- POLIS DIDAPATI MELAKUKAN JENAYAH BERAT-
- DOKTOR DISAMAN KERANA KECUAIAN-
- HAKIM DIKENAKAN HUKUMAN KERANA RASUAH-

Begitulah tajuk2 akhbar sekian hari. Polis, doktor, pensyarah, jurutera pun punya ego dan kerenah masing2. Bukan salah pada title 'Dr', 'Prof', 'Inspektor', tapi pada pemegang title itu sendiri. Semuanya berbalik pada diri sendiri.

" Tak guna kerja tinggi2 kalau attitude lagi bawah dari lubang kubur"-Quoted-
Nampak kasar tapi deep.

Tuesday, July 22, 2014

Misi Mencari Lailatulqadr

Allahu. Ramadan dah sampai ke penghujung.
Kuih raya tak siap lagi. Baju raya tak beli lagi. Rumah tak berhias lagi. Eh?

Benarlah. Mencari Lailatulqadr itu bukan mudah tapi tak pula mustahil. Masih tak jumpa? Teruskan misi. Allah lihat usaha mu.

Moga bertemu lagi Ramadan yang seterusnya. Banyak lagi misi yang masih belum direalisasi. Moga saki-baki Ramadan yang masih ada, tersimpan sebuah harapan dan impian yang bakal dilaksana.

Besar harapan andai pencarian lailatulqadr ini sehangat kuih semperit yang baru keluar oven, semarak pelita api serta lampu kelip-kelip dan secantik perhiasan rumah dan baju raya. InsyaAllah. =)

Moga Allah redha.