Friday, June 19, 2015

Terbang Tunduk



Allahu. 4 bulan terasa sangat cepat. Alhamdulillah untuk semuanya. 
Bahang final exam dah makin surut. Lega.

Tak sangka sampai sejauh ini Allah bagi nikmat dan rahmat-Nya. Ini baru 4 bulan. Moga berterusan nikmat dan rahmat Dia untuk kita semua. InsyaAllah. 

Surah As-syura
Ayat 36
"Apapun kenikmatan yang diberikan kepadamu, maka itu adalah kesenangan hidup di dunia. Sedangkan kenikmatan yang ada di sisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman, dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal."

Allah ciptakan hampir setiap sesuatu itu berpasangan. Samalah juga dengan nikmat dan ujian. Masing-masing ada pasang surutnya. Boleh jadi nikmat itu juga adalah ujian. Mind-blowing. 

Surah Az-Zumar
Ayat 49
"Maka apabila manusia ditimpa bencana dia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan nikmat Kami kepadanya dia berkata, 'Sesungguhnya aku diberi nikmat kerana kepintaranku'. Sebenarnya , itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui." 



Terima kasih Allah terbangkan aku dan kita semua setinggi dan sejauh ini. Terlalu tinggi. Bila-bila masa boleh jatuh, tapi Kau ada pada saat gentingnya. 

Tuhan jangan kau izin aku lupa,
Jangan biarkan aku mendepang dada,
Pasakku hatiku pada kaki,
Paksakan ku tunduk sehingga mati.

 Terbang Tunduk, Fynn Jamal.

Brisbane, 20 Jun 2015, 3 Ramadan. 





Tuesday, June 16, 2015

Red Velvet Orang Sebelah

16 Jun 2015- Brisbane
Musim Final Exam.
Hari ini puasa alang-alang nak kekalkan momentum sebelum Ramadan. 
Dari pagi duduk mengidam nak makan kek red velvet. Nak beli kek susah nak cari yang halal. Nak buat memang jauh panggang dari api lah jadinya. 
Selak Al Quran.
Surah As-Syura.
Ayat 12
" Kepunyaan Allah kunci-kunci langit dan bumi. Dia melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan juga meyempitkannya. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui setiap sesuatu."

Ayat 19
Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambanya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dia Maha Kuat, Maha Perkasa.

Tiba-tiba, tengah stres study, ada orang ketuk pintu rumah. 
"Mesti ada orang hantar kek ni" kata aku.

Ya Allah, masinnya mulut. Haha. Kak Ekin     jiran sebelah hantar kek. Tahu kek apa? RED VELVET!
Allahu. 
Semoga Allah sentiasa melapangkan rezeki kita. InsyaAllah.