Sunday, June 15, 2014

Abah

Dedikasi Buat Abah.
Abah, terima kasih atas segalanya.
Pahit manis, senda gurau, senyum tangis, gelak tawa,
Kau bersama.

Apa masih kau ingat,
Aku suka lari-lari?
Jatuh, tapi kau bangunkan kembali.

Apa masih kau tak lupa,
Aku suka bermanja?
Indah, kau iya kan belaka.
Aku gembira.

Abah,
Suatu hari,
Suatu ketika,
Mungkin jasamu ku lupa,
Tolong, ingatkan aku abah !
Moga aku ingat sentiasa.

Kakak sayang Abah!
Allah, jagakan dia untukku.




Wednesday, June 4, 2014

Fobia Cinta

"Pernah bercinta?"

"Belum pernah, tapi hampir. Allah selamatkan aku."

"Hmmm, pelik. Cuba bagitahu bagaimana Allah selamatkan kau?"

"Betul, Allah selamatkan aku. Banyak caranya."

"Aku pun bercinta jugak, tapi Allah tak pernah selamatkan aku pun?"

"Mungkin kau perlu lebih berusaha. Takkan nak harapkan pertolongan Allah saja kan? Kau  kena selamatkan diri sendiri dulu. Mulakan dari sekarang, pasti Allah bantu."





----
Remaja. Lumrah mereka perlukan perhatian dan kasih sayang lebih-lebih lagi remaja perempuan. Biasalah, lumrahnya begitu. Cintanya rapuh, hatinya lemah dan jiwanya melulu. Kadang-kadang cinta itu dijadikan trend. Allahu. Kenapa perlu kotorkan cinta yang diciptakan begitu bersih dan suci sekali? Kata orang, jodoh itu belum tentu, tapi mati itu pasti. Ramai orang boleh ke kursus kahwin, tapi tak ramai ke kursus jenazah. Kenapa? Tepuk dahi, tanya iman.

Sungguh. cinta itu fitrah. Semua orang percaya. Tetapi atas dasar apa alasan "cinta itu fitrah" digunakan untuk menghalalkan sesuatu yang Allah tak suka? Ingat, niat tidak menghalalkan cara. Kata orang, mereka yang takut bercinta ini sebenarnya tidak yakin diri, kolot dan ketinggalan zaman. Ya, mungkin mereka tidak meluahkan rasa kepada manusia tetapi Allah lebih mahukan cinta mereka. Jadi itukah dikatakan tidak yakin diri, kolot dan ketinggalan zaman? Istighfar, jangan pernah rendah-rendahkan cinta kepada Allah. Cinta yang terlalu agung dan tiada tolok bandingnya.

Cinta itu ada tiga jenis. Pertama,cinta agung iaitu cinta kepada Allah. Tidak dinafikan, cinta inilah yang sering didambakan manusia dan agung sifatnya. Kedua, cinta pertengahan yang bermaksud cinta kerana Allah. Apa2 yang kita buat adalah untuk Allah.Ketiga, cinta hina iaitu cinta bersama Allah. Hina? Cinta bersama Allah bermakna kita menyamakan darjat cinta kita dengan Allah walaupun kita tahu Allah itu Maha Tinggi dan tidak boleh dipersekutukan. Samalah konsepnya apabila kita cinta manusia, harta, kecantikan dan ilmu melebihi cinta kepada Allah.

Konklusinya mudah. Kalau suka jumpa wali. Dapatkan secara terhormat. Aku ada wali.